Wednesday, August 29, 2012

Serah bukti video

BERPISAH...Jimmy dan Nursuhaila keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah, semalam.
BERPISAH...Jimmy dan Nursuhaila keluar dari Mahkamah Tinggi Syariah, semalam.

SHAH ALAM: Pelakon dan pengacara, Jimmy Shanley menyerahkan dua salinan rakaman video kepada Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam sebagai bukti bagi menyokong afidavit keterangannya kerana mempertikai kelayakan isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy yang menuntut hak penjagaan (hadanah) anak perempuan mereka, Zahra Rania Shanley.

Bagaimanapun, Hakim Syarie Mawardi Che Man berkata, isu salinan video dikemukakan Jimmy selaku defendan dalam kes itu ditangguhkan terlebih dulu sehingga Nursuhaila sebagai plaintif dapat melihat rakaman video berkenaan.

Terdahulu, peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus yang mewakili Jimmy memberitahu mahkamah pihaknya memfailkan afidavit keterangan defendan pada 15 Ogos lalu manakala plaintif menerima afidavit keterangan itu dua hari kemudian.

Selain afidavit keterangan Jimmy, Mohd Noor Aizan berkata, pihaknya juga menyertakan cetakan salinan SMS mengandungi SMS daripada ibu mentua Jimmy yang juga usahawan, Datin Muniroh Kassim dan Nursuhaila.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: