Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) melebarkan infrastruktur pembayaran elektronik dengan menawarkan 14,000 kiosk kepada semua pelanggan prabayar dan pasca bayar di seluruh negara.
Ketua Pembangunan Produk Digi, Chuah Teong Hooi berkata, kiosk itu efektif bermula semalam bagi beri sokongan kepada pelanggan luar dan pinggir bandar menerusi jangkauan lebih besar.
Menurutnya, sistem baru flexie e-load tersebut juga dapat menyokong pembayaran bil pelanggan pasca bayar dan membolehkan membuatkan bayaran pendahuluan atau deposit, berurus niaga pembayaran baki tertunggak bagi akaun yang ditamatkan melalui rangkaian peniaga Digi.
“Pada 1995, Digi penyedia perkhidmatan mudah alih pertama menawarkan prabayar di Malaysia sekali gus memperkenalkan cara lebih baik dan mudah kepada pelanggan untuk menambah nilai.
“Digi meningkatkan rangkaian kiosk dengan menawarkan lebih banyak perkhidmatan dan menyokong jumlah trafik flexie e-load sekali gus menyumbang sebanyak 40 peratus secara keseluruhan,” katanya.
Teong Hooi berkata, menerusi sistem baru itu, syarikat dapat menambah kiosk pengedar di kawasan lain serta menyediakan perkhidmatan lebih relevan kepada pelanggan.
Katanya, sejak menawarkan tambah nilai elektronik, nilai denominasi bermula RM5 hingga RM100 dengan kenaikan RM1.
“Pada 2006, Digi melancarkan flexie e-load yang membolehkan pelanggan prabayar memilih tambah nilai daripada RM5 hingga RM100 dengan kenaikan RM0.05," katanya.
Wednesday, August 29, 2012
Digi tawar kiosk bayar elektronik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: