MELBOURNE 27 Ogos - Tourism Malaysia Sydney melancarkan aplikasi telefon pintar dikenali 'Malaysia Amaze-Ya!', yang direka untuk memberi alat yang berguna kepada pelancong melakukan perjalanan mereka di Malaysia.
Aplikasi yang boleh didapati untuk telefon iPhone serta Android itu menawarkan maklumat umum mengenai destinasi utama di Malaysia serta tip berguna untuk tarikan terbaik di Kuala Lumpur, Sabah dan Pulau Pinang, kata Pengarah Tourism Malaysia Sydney, Shahrin Mokhtar dalam satu kenyataan di sini.
Aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma menyenaraikan tempat terbaik untuk diteroka, makan, membeli-belah dan tinggal di Kuala Lumpur, Sabah dan Pulau Pinang.
Ia menyediakan butiran untuk dihubungi dan peta jalan Google terperinci untuk memastikan percutian tanpa masalah.
Untuk menggunakannya, pelancong boleh klik melalui kategori atau carian dengan kata kunci untuk mencari apa yang mereka ingini.
Maklumat cuaca di Kuala Lumpur, Sabah dan Pulau Pinang juga disediakan - menjadikan aktiviti harian mudah untuk merancang.
Bagi meraikan pelancaran aplikasi telefon pintar baru ini, Tourism Malaysia bersama-sama AirAsia X, Traders Hotel dan Golden Sands Resort mengadakan peraduan pada halaman Tourism Malaysia Australia, www.facebook.com/tourismmalaysiaaustralia.
Peraduan ini mempelawa peminat menggambarkan pengembaraan impian mereka di Malaysia untuk peluang memenangi perjalanan ke negara ini.
Bagi menyertai peraduan ini, individu perlu memuat turun aplikasi Malaysia Amaze-Ya! dan 'Like' laman Facebook Tourism Malaysia Australia.
Mereka yang berminat boleh menyertai peraduan dengan menggunakan aplikasi 'Win a Holiday!' di laman Facebook Tourism Malaysia Australia.
Aplikasi Malaysia Amaza- Ya! boleh didapati untuk dimuatturun secara percuma di iTunes dan Google Play.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: