KOTA BHARU – Seorang pendawai elektrik dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan selepas didapati bersalah mencuri besi staging dan gagal mengemukakan kad pengenalan, 21 Ogos lalu.
Hukuman diputuskan Majistret Muhamad Safuan Azhar selepas lelaki berusia 29 tahun itu mengaku salah.
Mohammad Azram Husin@Mohamed mengaku mencuri 10 besi staging milik sebuah kilang simen di Jalan Padang Tembak, Pengakalan Chepa di sini.
Ketika kejadian jam 5.40 petang itu, pengadu yang membuat rondaan melihat tertuduh berada di kawasan kilang bersama besi staging yang dibawa keluar.
Apabila pengadu dan rakan mendekati tertuduh, dia kemudiannya mengeluarkan golok dan menyerang pengadu dan rakan.
Selepas berlaku pergelutan, tertuduh akhirnya berjaya ditahan sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Pada prosiding semalam, Muhamad Safuan menjatuhkan hukuman dua bulan penjara dan denda RM2,000 atau dua bulan penjara sekiranya gagal jelas denda bagi tuduhan mencuri.
Manakala, akibat gagal mengemukakan kad pengenalan ketika pemeriksaan pihak berkuasa ke atasnya, Mohammad Azram didenda RM1,000 atau tiga bulan penjara jika gagal jelas denda.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: