Tuesday, August 28, 2012

Salma Hayek Bakal Bersara Sebagai Pelakon

Salma Hayek

AKTRES Salma Hayek membuat pengakuan mengejut apabila mengumumkan bakal mengundur diri daripada pentas layar perak Hollywood.

Menurut laporan majalah German Vogue, Salma berkata pengunduran itu akan dibuat selepas dia melaksanakan tanggungjawab terakhirnya menerusi filem terbaru arahan Oliver Stones, Savages.

"Pentas lakonan saya sudah sampai ke penghujungnya dan Savages adalah yang terakhir.

Salma bersama suaminya, Francois-Henri Pinault.

"Jujurnya, saya sudah nekad untuk berhenti berlakon tetapi watak sebagai Elena dalam filem itu jarang ada. Dan suami (Francois-Henri Pinault) memujuk saya untuk mengambil tawaran itu.

"Tetapi, andai kata watak yang diberikan itu tidak menarik perhatian, rasanya, saya tetap akan berlakon kerana ia adalah arahan Stone. Ya, Savages adalah yang terakhir," katanya.

Aktres berusia 45 tahun itu menambah, pada masa akan datang, dia mungkin akan berlakon sekali sekala sahaja iaitu sekadar untuk mengubat kerinduannya beraksi di layar perak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: