Wednesday, August 29, 2012

Sabah pusat perkhidmatan spa terbaik dunia

KEMUDAHAN spa banyak ditawarkan di pusat-pusat peranginan sekitar Sabah. - GAMBAR HIASAN

KOTA KINABALU 27 Ogos - Sabah berpotensi menjadi antara pembekal perkhidmatan spa terbaik dunia, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Membandingkannya dengan Bali, pembekal perkhidmatan spa utama dunia, beliau berkata, Sabah kaya dengan sumber alam semula jadi untuk pengeluaran produk spa serta dalam memberikan perkhidmatan rawatan spa.

"Menurut unjuran Pelancongan Malaysia, industri spa dijangka boleh menjana sehingga RM830 juta menjelang 2020.

"Melihat kepada potensi ini, peserta industri harus meningkatkan standard mereka untuk mencapai standard antarabangsa," katanya kepada pemberita selepas pembukaan Rafflesia Spa Essentials, sebuah cawangan jualan borong dan runcit barangan spa di sini, hari ini.

Masidi berkata, spa juga akan diberikan penarafan bintang untuk memberikan kredibiliti kepada spa dan meningkatkan keyakinan pelanggan.

Sementara itu, pengarah Rafflesia Spa Eddie Abdullah berkata, syarikat berasaskan keluarga itu menjangka mengembangkan operasinya ke Sarawak dan Brunei.

Beliau juga berkata, antara rancangan masa depan syarikat ialah untuk mengadakan pusat latihan untuk pengamal spa dan refleksologi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: