Wednesday, August 29, 2012

Atasi masalah toksin

Rawatan sauna bertujuan membuang toksin melalui perpeluhan.

SAMBUTAN hari raya tidak meriah tanpa pelbagai jenis sajian dan hidangan yang menarik.

Pada waktu inilah sebahagian daripada kita mengambil kesempatan untuk menikmati pelbagai juadah yang disediakan.

Namun, sebahagian mereka tidak menyedari bahawa makanan yang diambil mempunyai kandungan lemak dan kolestrol tinggi akan menyebabkan berlaku pengumpulan toksin dalam badan.

Pemilik Tini's Spa, Hartini Halim, 33 berkata, musim perayaan merupakan cabaran untuk golongan wanita di luar sana menjaga jenis pengambilan makanan yang diambil setiap hari.

"Akan berlaku pertambahan asid dalam badan berbentuk toksin jika cara pemakanan tidak dikawal terutamanya pada musim raya.

"Makanan yang berlemak, manis dan tinggi kadar kolestrol jika diambil secara berlebihan akan menyebabkan berlaku penurunan metabolisme sekali gus menyebabkan banyak toksin terkumpul dalam badan," katanya.

Kata Hartini, wanita apabila semakin berusia kadar metabolisme dalam badan juga akan semakin menurun.

"Mereka yang mempunyai masalah toksin tersimpan terlalu banyak dalam badan selalunya akan mudah berasa letih dan lesu walaupun sudah cukup tidur.

"Selain itu, kurang melakukan senaman dan tidak mengehadkan pengambilan makanan yang tidak seimbang punca berlaku pengumpulan toksin," katanya.

Tambahnya, banyak cara untuk melakukan rawatan untuk membuang toksin dalam badan supaya badan sentiasa sihat dan bertenaga.

"Rawatan ini boleh dilakukan dengan kaedah tradisional dan juga moden.

"Kaedah tradisional iaitu dengan melakukan senaman, minum banyak air dan membuat urutan bertujuan melancarkan sistem limfa dalam badan," katanya.

Tambahnya, di Tini's Spa juga menyediakan satu rawatan untuk membuang toksin dalam badan dengan kaedah moden iaitu lymphatic drainage.

"Sebelum melalui proses membuang toksin menggunakan mesin khusus iaitu microcurrent, pelanggan perlu melalui rawatan sauna dahulu.

"Rawatan sauna bertujuan membuang toksin melalui perpeluhan dan melancarkan peredaran darah dalam badan sebelum melalui proses rawatan toksin menggunakan mesin microcurren," katanya.

Ujarnya lagi, rawatan lymphatic drainage atau rawatan pembuangan toksin dalam badan mengambil masa selama 45 minit dalam suatu tempoh tertentu.

"Antara tip bagi mengurangkan masalah toksin pada badan adalah minum banyak air supaya toksin mudah tersingkir melalui perkumuhan.

"Harga untuk rawatan ini sempena promosi hari raya adalah RM 98 yang akan berakhir sehingga 30 bulan September," katanya.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi di tiga cawangan spanya yang terletak di Shah alam, Ampang dan juga Setapak

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi 03- 55125388 atau layari laman facebook di www.facebook.com/tinispa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: