PELAKON terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila berhadapan dengan hukuman ekoran didakwa menghina bendera negaranya sendiri.
Seperti dilaporkan Digital Spy, bintang filem Ra One, itu telah menghina bendera India dalam salah satu video yang dimuat naik ke laman YouTube.
"Shah Rukh dituduh melanggar Akta Perlindungan Kehormatan Bangsa 1971 dan kes ini akan disiasat dan jika terbukti dia bersalah tindakan akan diambil," ujar sumber polis India.
Sumber tersebut turut memberitahu kes berkenaan telah difailkan pada 14 Ogos lalu dan ia sedang dalam proses siasatan.
Pihak polis menjelaskan dokumen pendakwaan yang akan dikemukakan merangkumi beberapa bahan bukti seperti foto dan video yang dimuat naik ke YouTube.
Shah Rukh bagaimanapun masih berdiam diri terhadap tuduhan itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: