ANGGUN...gabungan gaya lilitan tudung ringkas serta rekaan busana menarik.
BAGI mereka yang baru berjinak-jinak untuk memakai tudung, mungkin tertanya-tanya fesyen bertudung yang ingin digayakan.
Adakah sesuai memilih rekaan tudung sebegini? Adakah perlu fesyen yang lebih ekstrem semata-mata untuk kelihatan bergaya?
Tidak dapat dinafikan, pelbagai bentuk dan gaya terkini fesyen bertudung boleh diketengahkan bergantung kepada cita rasa sama ada menggunakan tudung sarung atau penggayaan selendang dengan lilitan menarik.
Itulah yang cuba diketengahkan butik Hijrah Chic dalam memberikan kelainan kepada mereka yang baru pertama kali mengenakan tudung.
Pengasasnya, Datuk Ruslina Baharum berkata, idea untuk mempelbagaikan fesyen bertudung menggunakan kain bawal dengan gaya ikatan ala selendang lahir atas minatnya sendiri.
Dia inginkan sesuatu yang baru dan menarik bagi memberikan kelainan kepada gaya fesyen bertudung serta tidak hanya terhad kepada satu peringkat usia.
“Paling penting, wanita terbabit berani untuk mencuba perkara baru kerana mungkin pada peringkat awal, rasa kekok kerana mencuba sesuatu yang berlainan sama sekali.
“Sebolehnya saya ingin mencipta satu perbezaan dalam fesyen tudung Muslimah agar pengguna boleh membuat pilihan sendiri. Tidak dinafikan, kepelbagaian gaya tudung di pasaran makin meluas dan berkembang,” katanya.
Menurutnya, wanita kini juga makin berani mencuba pemakaian tudung yang sebelum ini dianggap ‘pelik’ tetapi apa yang nyata, ia memberikan bentuk penampilan tersendiri bersesuaian dengan personaliti individu berkenaan.
Ruslina berkata, selain mengeluarkan jenama tudung, dia mengadakan kelas bagi membantu serta mengajar wanita melakukan lilitan tudung dengan teknik yang betul.
Hingga kini, terdapat 18 jenis lilitan tudung untuk digayakan dan ia juga boleh dipelbagaikan mengikut daya kreativiti masing-masing bagi menghasilkan bentuk baru yang lebih unik dan menarik.
“Selain tudung, saya juga akan mengeluarkan koleksi busana yang boleh disesuaikan dengan gaya tudung pilihan tidak lama lagi. Penggunaan kain yang bersesuaian dengan keadaan persekitaran menjadi fokus utama saya antaranya kapas dan sifon bagi koleksi eksklusif,” katanya.
tengok muka dulu kat cermin, jangan berpura-pura. luar je lawa tapi hidup penuh dengan maksiat. sedarlah sikit.
ReplyDeletehi datuk, tak tahu taubat ke, hidup penuh maksiat.
DeleteNak tanya kat datuk ni, apa hukum tinggal sebumbung dengan bukan muhrim dan disebabkan mengejar kesenangan diri sanggup memutuskan silatulrahim keluarga lain.
DeleteDah kawin laki orang pun....kejarkan kekayaan!
DeleteSiapa orang ni sebenarnya ya...bukankah dia dikatakan usahawan berjaya?
DeleteHaha sayapun heran- ini yang terbaru - tahun 2015 ni - kononnya bisnes berjuta..saya tahu yang dia bukan main sorang laki, ada lagi - ada lagi - suami orang juga... dia cuba try test lagi...macam mana nak ajar orang macam ni ya...jom kita viralkan dia...biar dia tahu langit ni tinggi ke rendah!
DeleteSiapa suami dia ni yang sebenar ekk? Ada suami... tapi semenjak dua menjak ni selalu saja keluar dengan suami orang lain pulak. Tak kira siang dan malam. Kacau rumah tangga orang lagi...isteri curang namanya tu. Tak takut kepada Allah. Tak malu kepada masyarakat...sekarang dah jadi nenek. umur dah 50 tu.
Delete