MAHU tahu rahsia kulit yang muda remaja? Atau mahukan rahsia mengurangkan tanda-tanda penuaan pada kulit? Kini dengan kemunculan terbaru produk kecantikan SK-II Stempower mampu merealisasikan impian setiap wanita untuk merasai kecantikan kulit bak 10 tahun lalu.
Diinspirasikan daripada kajian mendalam terhadap sel stem, SK-II telah mengaplikasikan untuk kegunaan produk kecantikan kulit.
Hari ini SK-II mempersembahkan rahsia terbarunya, rangkaian Stempower baru yang menampilkan Stempower Rich Cream dan Stempower Cream Compact Foundation yang direka khusus untuk memfokuskan pada keanjalan kulit secara menyeluruh.
Majlis pelancaran produk tersebut di baru-baru ini turut diserikan dengan kehadiran duta SK-II iaitu Fauziah Latiff, Vanessa Chong dan Carla Soong.
Pengurus Komunikasi Saintifik SK-II Global, Taro Yamaguchi menjelaskan kepada media bagaimana stem-acanax membantu proses pembaharuan kulit dengan cara terkini bagi meningkatkan keanjalan menyeluruh kulit.
"Berbekalkan kelebihan stem-acanax,bahan khusus lain yang terdapat dalam SK-II termasuklah ginseng Siberia yang bertindak kepada punca penuaan kulit wanita," katanya dalam majlis bersama pihak media.
Produk SK-II juga telah memperkasakan keanjalan menyeluruh yang difokuskan kepada punca kecantikan kulit mengikut tiga siri iaitu Stempower yang bertindak sebagai pelembap harian dan membantu proses pembaharuan kulit serta meningkatkan keanjalan menyeluruh.
Manakala bagi Stempower Rich Cream pula dihasilkan bagi mengatasi masalah penuaan kulit. Kandungan lebih 49 peratus bahan aktif dapat membantu melindungi kulit daripada persekitaran yang merosakkan dan menyebabkan tanda-tanda penuaan pada kulit.
Bagi Stempower Cream Compact Foundation pula mengandungi tiga lapisan bedak asas yang membentuk jaringan pada kulit apabila digunakan.
Ia juga dapat membantu meningkatkan keanjalan kulit dan kompleksi yang licin serta memberi impak kemerah-merahan untuk menampakkan kulit lebih muda.
Selama hampir 30 tahun SK-II telah mempengaruhi jutaan wanita di seluruh dunia untuk hidup dalam kecerahan dengan keajaiban kelahiran semula kulit.
Bermula 18 Ogos ini, mereka yang ingin mencuba sendiri 'senjata rahsia' SK-II ini, boleh mendapatkan Stempower pada harga pasaran RM352 (50g),RM529(80g), Stempower Rich Cream pula RM519(50g) dan RM264 bagi Stempower Cream Compact Foundation.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: