KOLEKSI kasut-kasut mahal dan eksklusif yang dimiliki Kim Kardashian pasti membuatkan ramai yang iri hati dengannya.
Namun peliknya, bintang berusia 31 tahun ini merancang untuk membuang sebahagian besar 'harta' tersebut.
Menurut laporan Dailymail, hal itu dilakukan atas permintaan kekasihnya, Kanye West dan hampir 100 pasang kasut akan dikeluarkan daripada almari rumahnya.
Bagaimanapun, Kim tidak akan membuang kasut kesayangannya itu begitu sahaja sebaliknya akan menyumbangkannya kepada badan-badan kebajikan yang bersesuaian.
Difahamkan, Kanye telah menggeledah almari Kim dan memilih pakaian mana yang bersesuaian untuk bintang Keeping Up With The Kardashians itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: