Friday, August 31, 2012

Adele Kahwin Secara Rahsia

Adele muncul di muka depan majalah Life & Style selepas dipercayai sudah pun berkahwin dengan tunangnya iaitu Simon Konecki.

PENYANYI terkenal, Adele yang bakal melahirkan anak pertamanya dalam masa sebulan dilaporkan telah berkahwin secara rahsia dengan tunangnya iaitu Simon Konecki.

Majalah Life & Style melaporkan penyanyi lagu Someone Like You itu dilihat memakai sebentuk cincin perkahwinan di jarinya semasa dia dan Konekci keluar bersiar-siar di London baru-baru ini.

Sumber melaporkan Adele cuba menyimpan rahsia perkahwinan tersebut seperti mana yang dilakukan terhadap kandungannya yang tidak dapat dihidu oleh media sebelum ini.

"Dia adalah seorang wanita biasa yang inginkan sebuah keluarga dan mahu memberikan fokus kepada anak dan lelaki yang dicintainya," ujar sumber itu.

Gambar yang tersebar dalam majalah tersebut adalah yang pertama selepas penyanyi itu membuat pengakuan sedang hamil di dalam laman web pada bulan Jun lalu.

Bagaimanapun tiada khabar terbaru daripadanya sejak itu.

"Dia kelihatan gembira dan sentiasa tenang dalam menantikan kelahiran anak pertamanya," ujar sumber itu lagi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: