Monday, August 27, 2012

Santai di Trio

Pemandangan dalam restoran yang kelihatan santai dan eksklusif.

SAUJANA mata memandang. Kedudukan Trio Restoran di Jalan Liew Weng Chee, Off Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur ini menarik perhatian pengunjung yang gemarkan suasana tenang.

Disember 2011 merupakan permulaan buat Trio Restoran mengembangkan perniagaan di Malaysia yang berkonsepkan santai dan lebih eksklusif.

Menurut pemiliknya, Syed Omid Aman Pour, yang berasal dari Iran, beliau amat mengagumi Malaysia yang mempunyai variasi etnik dan budaya.

Justeru, pelbagai makanan yang berbeza mudah didapati di negara ini.

"Oleh sebab itu, saya mengambil kesempatan ini untuk berkongsi budaya masakan dari negara saya dengan orang Malaysia.

"Nama restoran, Trio merujuk kepada tiga jenis konsep masakan yang terdapat di restoran ini iaitu Barat, Arab dan tempatan.

"Sempena Ramadan lalu, kami mengadakan pakej bufet dengan lebih daripada lima jenis manisan dan pencuci mulut. Pakej ini dilanjutkan sehingga dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Antara menu istimewa yang menjadi tarikan pelanggan ialah spegeti daging Itali, ayam sayuran, ayam Kabsah dan kebab daging.

Menariknya lagi, restoran ini turut menyajikan persembahan silap mata dan kugiran untuk pelanggan.

Sementara itu, nasi lemak, rendang daging, beriani dan lamb chop turut menjadi menu utama di restoran tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: