Wednesday, August 1, 2012

Hidangan berbuka di lebuh raya


ZUHAIRI menunjukkan pelbagai menu promosi Ramadan di Coffee+More.


MENEMPUH perjalanan jauh di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) ketika bulan Ramadan ini pasti membuatkan anda tercari-cari lokasi untuk berbuka puasa yang enak dan menyelerakan.

Sekiranya anda menghadapi masalah tersebut apa kata singgah sebentar untuk berbuka puasa di kafe Coffee+More yang terletak di Hentian R&R Seremban arah utara dan selatan serta di R&R Tapah arah selatan.


NASI BERIANI AYAM.


Pengurus Pembangunan Perniagaannya, Zuhairi Alias berkata, sempena bulan Ramadan ini, kafe berkenaan menawarkan enam set beriftar untuk memudahkan orang ramai berbuka puasa.

Katanya, set berkenaan merupakan inisiatif syarikat itu bagi memberi kepuasan dan pengalaman berbuka puasa yang istimewa kepada pengguna lebuh raya PLUS.

“Biasanya pengguna lebuh raya PLUS tidak mempunyai banyak pilihan selain berbuka puasa di gerai-gerai yang terdapat di Hentian R&R.

“Atas faktor itu, kita menawarkan enam set hidangan istimewa ini dengan pelbagai juadah dan makanan enak yang pasti menambat selera,” katanya.


SET mi kari antara hidangan di Coffee+More.


Menurutnya, dengan setiap pesanan set berkenaan setiap pelanggan juga akan mendapat bubur lambuk dan kurma secara percuma.

“Antara hidangan yang ditawarkan ialah nasi ayam toot-toot, nasi beriani dan pelbagai jenis mi pada harga dari RM3.90 hingga 14.90 mengikut set.

“Selain berbuka puasa, pelanggan juga boleh singgah di kafe kami untuk menikmati pelbagai kopi istimewa bagi menyegarkan badan selepas penat memandu pada musim perayaan ini,” jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: