
Membariskan pelakon hebat seperti Wan Maimunah, Jue Aziz, Ridzuan Hashim, Zamarul Hisham, Bea Rameshan dan Nor Albaniah drama ini mengisahkan seorang pemuda bernama Unjul yang menjadikan bapa angkatnya yang merupakan seorang pesara guru sebagai idola.
Unjul tinggal di sebuah rumah kampung biasa bersama ibunya, Uteh. Kerana sikap malasnya, Unjul tidak disenangi yang akhirnya dihalau keluar rumah oleh ibunya.
Unjul mempunyai satu hasrat iaitu mengahwini Ema seorang gadis kampung yang sangat cantik namun ditentang keras hubungan suci mereka oleh ibu Ema. Apatah lagi Ema, gadis kampung yang menjadi kegilaan pemuda-pemuda. Ramai yang sudah masuk meminang tapi ditolak oleh Ema oleh kerana ingin mengejar cita-citanya untuk masuk ke universiti di samping sudah berjanji untuk menunggu pinangan dari Unjul.
Unjul kembali semula bekerja dan belajar. Di rumah Tauke Billy, Unjul juga dibantu oleh Memei yang kebetulan ketika itu sudah habis belajar di salah satu universiti tempatan.
Dalam diam, Memei sudah lama menyimpan rasa cinta pada Unjul, tapi tidak diluahkannya. Adakah kisah perjalanan hidup Unjul berdepan dengan dugaan hidup termasuk percintaan yang menyulitkan berjaya diatasi?
Berjayakah dia mencapai cita-citanya lalu menikahi Ema atau dia memilih Memey yang mencintainya dalam diam itu?
Saksikan drama khas ini Ahad ini jam 9.30 malam di TV2.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: