
Namun anak kelahiran Sabah ini, tidak pernah menganggap kontroversi yang menimpa dirinya sebagai pemusnah kerjayanya, malah lebih bersemangat untuk terus berjaya di pentas nyanyian yang amat dicintainya.
Baru-baru ini, timbul satu kontroversi yang mendakwa Stacy lebih suka berkawan dengan kaum sejenis serta melabelkan dirinya sebagai lesbian. Pun bagi gadis berusia 20 tahun ini, tidak melatah dengan andaian orang luar terhadap dirinya.
“Saya ada mendengar orang cakap saya begitu dan melabelkan saya sebegitu. Tapi saya tak kisah pun kerana mereka tidak kenal saya. Adakah kerana saya tidak pernah bercerita tentang teman lelaki dan menafikan saya bercinta dengan mana-mana lelaki, menyebabkan saya dikatakan lesbian. Saya menafikan apa yang mereka katakan terhadap saya.
“Semua itu tidak benar. Saya akui memang ramai kawan perempuan tapi saya juga ada kawan-kawan lelaki. Tolonglah jangan tuduh saya seperti itu,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran Stacy sebagai duta produk penjagaan muka, Clinelle di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurutnya, buat masa ini dia masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta kerana mahu memberi sepenuh tumpuan terhadap kerjaya seninya.
“Saya masih baru dalam industri ini. Banyak yang perlu saya belajar. Saya mahu perbaiki setiap kelemahan dir dan berharap saya diterima semua,” katanya.
Bukan sekadar lesbian, malah Stacy dihujani pelbagai tohmahan termasuk dikatakan berlagak diva, selalu lewat, sombong dan macam-macam lagi. Tetapi bagi Stacy, sebagai pendatang baru pastinya ada banyak kelemahan dan kesilapan yang dilakukan dan sedang berusaha untuk memberikan yang lebih baik.
“Saya juga tidak tahu mengapa ada pihak mengatakan saya sombong dan berlagak diva, apatah lagi saya masih baru. Tapi saya akui cepat hilang fokus bila buat dua kerja dalam satu masa, contoh bila ada yang nak ambil gambar saya sebelum saya menyanyi, saya mesti kata tunggu sekejap, sebab kalau saya kata banyak-banyak, saya akan hilang fokus, mungkin sebab itu orang kata saya sombong, walaupun hakikatnya saya bukan begitu,” katanya.
“Saya akui, pernah datang lewat tetapi tak pernah sombong kepada sesiapa. Mungkin pada waktu tertentu membuatkan keadaan kita tidak selesa dan kerana itu orang menganggap saya sombong. Hakikatnya tidak. Saya minta maaf jika ada pihak yang kurang senang dengan saya dan berjanji akan lebih berhati-hati selepas ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: