Wednesday, May 12, 2010

32,000 kes kanser baru tahun ini


TUANKU FAUZIAH berkenan membuat pemeriksaan mata sambil diperhatikan Tiong Lai (berdiri) ketika melawat gerai pameran selepas perasmian program Perlis Sihat Sejahtera di Kangar semalam.


KANGAR - Sebanyak 32,000 kes baru kanser dijangka dikesan tahun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, walaupun kanser bukan penyakit berjangkit, namun jumlahnya terus bertambah dan menjadi antara 10 punca utama penduduk negara ini dimasukkan ke hospital kerajaan.

Katanya, lima jenis kanser paling utama bagi lelaki yang direkod di negara ini ialah kanser usus besar, paru-paru, nasofarinks (belakang rongga hidung bersempadan dengan dasar tengkorak, lelangit dan rongga mulut), prostat dan hati.

"Sementara bagi pesakit wanita membabitkan kanser payu dara, usus besar, serviks, ovari dan tiroid," katanya semasa berucap pada program Perlis Sihat Sejahtera bertemakan Kenali Kanser yang disempurnakan oleh Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: