|
|
BINTANG Hollywood, Jessica Simpson mengaku bahawa dia jenis yang tidak suka menggosok gigi. Keadaan permukaan gigi yang licin boleh menimbulkan rasa kurang selesa kala tampil di khalayak.
‘‘Percaya atau tidak, saya hanya menggosok gigi tiga kali seminggu. Apa yang saya lakukan selepas bangun dari tidur pada waktu pagi adalah berkumur. Kalau tidak pun, saya gunakan flos sahaja,’’ katanya.
Penyanyi I Think I’m In Love With You ini juga menggunakan baju-T atau kain yang lembut bagi menggantikan berus untuk menggosok bahagian depan giginya.
Apa yang penting bagi anak kelahiran Abilene, Texas, Amerika Syarikat ini adalah nafasnya tidak berbau.
“Meski pun jarang menggosok gigi, mulut saya tidak berbau, itu yang penting,” kata si jelita dengan gaya cukup yakin diri.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: