Sunday, May 16, 2010

Rain akhirnya terpikat


Hanya berbicara tentang cinta selepas hati sudah terbuka.


BINTANG Korea, Rain akhirnya mendedahkan bahawa dirinya sudah terpikat dengan keayuan aktres Lim Soo Jung yang dilihat sangat sempurna. Wanita itu juga dikatakan memiliki sikap dan air wajah yang boleh mencairkan hati lelaki sepertinya.

‘‘Saya memilih Soo Jung berbanding beberapa selebriti wanita seperti Shin Min Ah, Song Hye Kyo dan Han Ye Seul yang pernah bekerjasama sebelum ini.

‘‘Namun pemilihan Soo Jung itu hanya sebagai wanita ideal bersempena Piala Dunia. Tidak lebih dari itu. Jangan salah sangka ya,’’ kata penyanyi berusia 27 tahun itu ketika dalam dalam program bual bicara Steel Heart baru-baru ini.

Pemilik nama sebenar Jung Ho Dong itu menjadi ikon bagi industri hiburan Korea selepas kejayaannya dalam bidang lakonan dan nyanyian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: