Sunday, May 23, 2010

Sakit dapat, malu dapat!


JOHAN sudah berbincang dengan SENIMAN untuk mengadakan sidang akhbar menjelaskan isu dibaling dengan gelas.


Bukan sahaja berdarah kepala, tapi terpaksa menerima tiga jahitan. Itulah yang berlaku pada pemenang tempat ketiga pertandingan Raja Lawak musim pertama, Johan akibat perselisihan faham dengan seorang pengarah baru-baru ini.

Johan ketika sedang berbincang dengan pengarah tersebut lebih kurang pukul 6.15 petang di sebuah restoran di Taman Sri Pulai, Sikamat, Negeri Sembilan selepas menjalani penggambaran.

Sesi perbincangan itu bertukar menjadi pergaduhan sehingga Johan dibaling dengan gelas kaca menyebabkan kepalanya luka berdarah.

Menurut laporan media sebelum ini, pertengkaran itu bermula selepas pengarah berkenaan menegur sikap Johan yang sering lewat tiba di lokasi penggambaran yang baru berlangsung selama lima hari yang turut dibintangi oleh isterinya Ozlynn Wati.

Selepas kejadian itu, Johan membuat satu laporan polis di Balai Polis Seremban 2 sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pengarah drama tersebut yang dikenali dengan nama Javerd Nizar turut membuat laporan polis selepas itu. Dia juga memberikan kenyataan akhbar yang dirinya hilang kawalan dan sabar terhadap pelawak itu.

Ramai yang memberi reaksi senang apabila pelawak itu menerima 'gelas terbang' tersebut dan tak kurang juga yang bersimpati terhadap nasib yang menimpa Johan.

Walaupun ramai yang menunggu Johan ketika mendapatkan rawatan di HTJ pada hari kejadian, dia dapat meloloskan diri daripada pihak media yang sedia menunggunya sejak awal lagi.

Ramai yang tidak tahu apakah yang sebenarnya berlaku kepada pelawak itu kerana sehingga hari ini dia masih lagi enggan memberikan sebarang komen.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: