Saturday, May 15, 2010

Rachel babit skandal lagi

NEW YORK: Bekas wanita simpanan nombor satu bintang golf, Tiger Woods kini mendakwa memiliki hubungan sulit dengan aktor David Boreanaz.

BOREANAZ dan isteri, Jaime Bergman berusaha menyelamatkan  perkahwinan.
BOREANAZ dan isteri, Jaime Bergman berusaha menyelamatkan perkahwinan.
RACHEL...tamat hubungan dengan Boreanaz.
RACHEL...tamat hubungan dengan Boreanaz.
Rachel Uchitel, 34, mendakwa memiliki hubungan romantik dengan bekas pelakon Buffy, The Vampire Slayer tapi berakhir baru-baru ini. Rachel mengambil keputusan mendedahkan hubungan itu seminggu selepas Boreanaz mendedahkan kecurangannya terhadap isteri, Jaime Bergman yang dikahwininya sembilan tahun lalu.


Dalam kenyataan didedah majalah Us Weekly, peguam Rachel, Gloria Allred berkata: “Rachel faham beliau tidak gembira dengan perkahwinannya dan percaya Boreanaz akan berpisah dengan isterinya.


“Beliau melayan Rachel seperti teman wanitanya dan turut keluar di tempat umum. Boreanaz turut menghubunginya ketika berhenti rehat penggambaran siri televisyen dan turut membenarkan anak lelaki dan rakannya bercakap dengan Rachel.


“Malah Boreanaz tinggal dengan Rachel ketika melawat New York.


“Hubungan mereka berakhir kerana Rachel memutuskannya. Beliau memutuskan Boreanaz tidak jujur dan tidak lagi percayakannya.” Minggu lalu, Boreanaz, 40, memberitahu majalah People, wanita simpanannya mengancam akan mendedahkan hubunagn mereka di media.


Beliau yang berlakon sebagai Angel dalam Buffy turut mengaku tidak bertanggungjawab. “Perkahwinan saya dicemar ketidakjujuran saya. Saya tidak jujur dan tidak bertanggungjawab.


“Saya menjalinkan hubungan dengan seorang wanita. Dia meminta wang dan saya berasa seperti diperas ugut,” katanya.


Boreanaz berharap isterinya dapat memaafkannya dan memulihkan perkahwinan mereka.

“Kami kini cuba memulihkan hubungan yang saya cemari,” katanya lagi.


Boreanaz pernah berkahwin dengan pekerja sosial, Ingrid Quinn selama dua tahun sebelum bercerai pada 1999.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: