Saturday, May 15, 2010

Warna terang digemari ramai

SIAPA yang ingin tampak janggal apabila bergaya? Sebolehnya, setiap inci diri mahu dilihat menawan atau sekurang-kurangnya cantik dipandang.

pix_middle
Lantas, pilihan tas tangan dan kasut antara aksesori hiasan diri paling mudah untuk bertukar gaya.


"Sesebuah beg tangan kini sekurang-kurangnya memiliki dua fungsi, justeru ia disediakan dengan tali beg yang boleh ditukar ganti.


"Ada beg yang dibawa untuk ke tempat kerja dan pada masa sama, ia juga boleh digayakan untuk ke majlis rasmi. Apa yang perlu dilakukan hanyalah menukar tali beg untuk mengubah gayanya.


"Untuk pilihan beg tangan ke majlis makan malam pula, beg tangan dengan rekaan serba ringkas dan praktikal lebih diterima umum. Tali beg yang lazimnya panjang pula boleh dipendekkan untuk disesuaikan dengan cita rasa pemakai," kata Pengurus Pengiklanan dan Promosi Carlo Rino, Christy Chan, ketika ditemui di butik jenama itu di Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Meninjau himpunan jenama terkemuka beg tangan dan kasut bertemakan Splendid Summer untuk gaya musim bunga dan panas 2010 kali ini, dia mengakui trend bergaya dengan beg bertali panjang terus menjadi kegemaran ramai.


"Pilihan individu memang tidak dijangka. Selain mahukan pelbagai jenis tali beg yang boleh ditukar ganti pada sesebuah beg tangan, warna juga mempengaruhi pilihan pengguna.


"Berdasarkan pengalaman, lebih banyak pilihan warna khususnya warna terang yang disediakan untuk satu-satu himpunan, lebih ramai pula yang menggemarinya. Warna beg tangan merah terang misalnya, memang cukup popular pada musim perayaan," katanya.


Memenuhi cita rasa wanita kini yang lazimnya menjadikan beg untuk beberapa kegunaan, Christy akui peranan rantai hiasan yang didatangkan dalam warna keemasan pada beg memang bermanfaat.

"Misalnya, jika pemakai hendak kelihatan glamor, rantai hiasan itu memang menyerlah tetapi jika hendak ke pejabat atau menghadiri urusan rasmi, rantai hiasan pada beg tangan itu boleh ditanggalkan," katanya.


Menerusi himpunan yang diperagakan hingga Julai ini, Carlo Rino mengetengahkan rangkaian Charming Red, Bravo Yellow serta rekaan terkini dalam himpunan laris Evergreen dan Monogram.


Untuk menghargai pembaca akhbar ini sempena meraikan Hari Ibu, Carlo Rino menyediakan baucar tunai RM20 (lihat muka surat sebelah) yang boleh digunakan untuk pembelian pelbagai barangan jenama terbabit pada harga sekurang-kurangnya RM100. Tawaran potongan harga berkenaan bermula pada 15 sehingga 31 Mei ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: