Sunday, May 23, 2010

Natasha Hudson ratu ciplak?


MAHU jadi wanita matang dalam segala urusan.


ENTAH apa malang nasib aktres Natasha Hudson apabila dihimpit dengan dugaan besar tatkala langkah kaki baharu mencecah ke lantai industri rakaman. Lebih tragis ia berlaku di kala diri mahu dikenali sebagai penyanyi profesional yang bukan bersandarkan kepada paras rupa sahaja.

Jelitawan itu runsing apabila berdepan dengan satu dakwaan daripada seorang penggubah lagu yang mengatakan dia memplagiat hasil karyanya. Single pertamanya berjudul Hanya Tuhan Yang Tahu dikatakan mirip dengan lagu Right or Wrong yang ditulis sendiri oleh Kimberley Chuah atau Kim Chuah. Bezanya terletak pada lirik dan melodi dengan menggunakan bahasa Melayu.

Bagaikan ditusuk belati, hati Natasya merintih pedih dengan dakwaan yang dikeluarkan oleh Kim Chuah itu. Gambaran yang diberikan juga menjejaskan imej wanita bernama Natasha Liana Hudson itu. Cerita itu bukan sahaja boleh ditatap di kalangan mata masyarakat tempatan, malah di peringkat dunia.

Ia selepas Kim Cuah mencurahkan rasa tidak puas hatinya di laman web paling ramai pengikut iaitu YouTube pada Ahad lalu. Post berlatar belakangkan lagu Right or Wrong yang merupakan lagu asalnya turut menghiasi klip berdurasi 4 minit 47 saat itu.

Berikut adalah titipan nota Kim Chua dalam post berkenaan: ‘‘Natasha Hudson has performed my song without my permission, the video was uploaded Jan 2010 and 4 months after someone contacted me asking mee if they could use this song and I get the royalties and named... But they have already used my song publicly as their own since January....This is my song and I wrote it....There for no one has the right esp wen I haven‘t made it official to send it to any artists to use....Its wrong so stop now!!’’

Maksud tersurat yang ingin disampaikan sudah difahami dan nafas Natasya seakan mahu terhenti usai membacanya. Tidak kurang dari itu, dia menerima satu lagi tamparan apabila beberapa blogger tempatan yang turut mempermainkan isu yang sama dan mengaitkan dirinya sebagai ‘ratu ciplak’.

Meletakkan klip video persembahannya pada Konsert Cosmic Alibi di Damansara pada 15 Januari lalu dengan membandingkannya dengan persembahan secara langsung Kim Chuah di YouTube.

‘‘Saya tidak tahu menahu tentang perkara ini sehingga salah seorang daripada rakan memberitahu kewujudan cerita kurang enak itu di sebuah blog. Saya cakap pada diri sendiri, apa lagi bala yang menimpa kali ini? Setelah diamati secara mendalam, ia ternyata bukan salah saya.

‘‘Saya hanya penyanyi lagu Hanya Tuhan Yang Tahu yang juga merupakan single pertama saya. Penulisan lirik dilakukan bersama Cat Farish dalam bahasa Melayu. Kami ubah melodi lagu berkenaan agar ia sebati dan seiring dengan jiwa Natasya Hudson,’’ tutur wanita berwajah kacukan itu satu persatu.

Tambahnya, dia juga tidak mengenali secara langsung siapakah pemilik sebenar lagu tersebut kerana semua urusan pembelian dilakukan oleh syarikat naungannya, Alibi Music. Sebagai penyanyi di bawah label berkenaan, apalah kuasa Natasya untuk menidakkan keputusan yang dilakukan sebelum ini.

Natasya juga tidak mengetahui apa maksud tersirat yang ingin diketengahkan oleh Kim Chua. Sama ada ia serangan peribadi atau mahu menjatuhkan dirinya di saat-saat dia mahu mencipta nama sebagai penyanyi.

Akui Natasya, dia berasa marah dan sedih pada peringkat permulaan kepada semua pihak termasuk penulis blog hiburan itu, Kim Chuah dan diri sendiri kerana mencipta kontroversi sebegini.

Namun amarahnya menyurut setelah memikirkan bahawa berkemungkinan ada rahmat di sebalik isu berkenaan. Apa yang didoakan sebelum menggulung kain sembahyang adalah lagu Hanya Tuhan Yang Tahu itu mendapat tempat di kalangan pendengar.

Telan sisa pahit

Natasya menyedari bahawa suaranya tidak sehebat penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza. Namun itu tidak bermakna dia tidak boleh terkenal di pentas nyanyian tanah air. Pada masa yang sama, dia juga tidak akan mudah kalah untuk berundur ke belakang dan menghapuskan terus perkataan putus asa dalam hidupnya.

Saat ditanya adakah isu berkenaan timbul kerana berkaitan rapat dengan perangai Natasha yang sebelum ini pernah ‘menciplak’ karya puisi berbahasa Inggeris yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu, dia berkata itu semua cerita dahulu.

Baginya, tidak wajar mengaitkan kontroversi lama dengan situasi sekarang kerana ia adalah dua perkara yang berbeza. Natasha sekarang menjadi mangsa kepada satu perselisihan faham di antara pemilik dan penggubah lagu berkenaan. Dia paling banyak menelan sisa hamis dari perbuatan yang datangnya bukan berpunca dari dirinya sendiri.

Natasha mahu berfikiran positif dalam menangani masalah rencam itu. Dia mahu jadi kuat untuk berdepan dengan segala dugaan yang berlaku pada saya sejak kebelakangan ini. Anak kelahiran Ipoh, Perak itu mahu menjadi wanita besi di atas tiket pengalaman yang dilalui selama ini.

‘‘Saya bakal berusia 28 tahun pada 9 September ini. Jika mahu dikira dengan pengalaman hidup yang dilalui sehingga hari ini, rasanya tidak sepadan dengan usia saya. Lantaran itu, saya tidak mahu menyemakkan fikiran berfikir perkara-perkara yang lepas.

‘‘Kisah keruntuhan rumah tangga dan segala isu-isu busuk melibatkan nama baik saya akan berakhir tidak lama lagi.

“Ibu saya paling banyak memberi sokongan penuh dan peneman suka duka berkongsi segala permasalahan mendatang ini,’’ ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: