Sunday, May 23, 2010

Motif filem Chukang?


IFA RAZIAH dan ROSLAN SHAH


DIVA dapat SMS daripada teman meminta Diva menonton filem Chukang yang hanya disiarkan di laman Youtube. Khabarnya Chukang bakal dipertandingkan pada Festival Filem Malaysia ke-23 kelak.

Rupa-rupanya ia sebuah filem yang mempunyai elemen seks dan memaparkan kisah tukang urut yang terpaksa berdepan dengan cabaran kerja dan nafsu.

Filem pendek arahan Shuhaimi Lua itu dilakonkan oleh pelakon muda, Azam Pit dan dengarnya terinpirasi oleh filem Comolot dan Malaikat Di Jendela. Filem ini turut menampilkan Roslan Shah dan Ifa Raziah.

Diva cuma tertanya-tanya motif filem ini kerana tiada elemen drama dan artistik di dalamnya.

Malah, Azam juga sebenarnya memerlukan lebih banyak bimbingan kerana dia seperti tidak dapat menjiwai dan membawakan watak utama dengan baik.

Bagi Diva tidak salah untuk membuat filem yang lain daripada yang lain tetapi tujuan dan impak filem tersebut harus diambil kira.

Kalau mahu menayangkan kisah benar yang wujud di kota metropolitan, banyak lagi kisah lain yang boleh diambil dan dijadikan iktibar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: