Sunday, May 23, 2010

Suami dua alam

PANAS, panas, panas! Meruap gegendang telinga Diva dimasuki berita daripada seorang teman yang Diva namakan si Gagak Hitam. Al-kisahnya tertancap ke batang tubuh seorang pelakon wanita yang boleh tahan popularlah juga saat ini.

Dulu, semasa rumah tangga artis wanita itu bergolak, ramai menyalahkan orang ketiga sebagai punca keretakan hubungan mereka. Sekarang, sah memang betul itulah puncanya.

Orang ketiga itu ternyata ada hubungan sulit dengan suami si artis itu. Pasti dia lagi cantik daripada pelakon itu kan? Jawapannya salah, orang ketiga itu bukan cantik tetapi kacak.

Maksudnya, suami artis itu bercinta bukan dengan wanita tetapi lelaki yang juga seorang pelakon baru.

Patutlah pelakon wanita itu tidak mengesyaki onar pelik daripada hubungan terlarang antara suaminya dengan pelakon lelaki muda yang dimaksudkan.

Sehinggakan artis wanita itu sanggup menjemput pelakon itu tinggal serumah dengan mereka kerana kasihankan aktor itu yang tiada tempat tinggal. Baru nak bertapaklah katakan.

"Kau tahu hendak dijadikan cerita, pelakon lelaki ini sudah tangkap cintan dengan suami artis wanita itu.

"Sebelum itu sudah banyak mulut berbicara tentang hubungan terlarang mereka tapi si pelakon wanita itu tidak percaya sehinggalah matanya sendiri menjadi saksi adegan panas suaminya dan pelakon lelaki baru itu di rumahnya," kata Gagak Hitam penuh semangat.

Bukti sudah di depan mata apa lagi, naik hantulah artis wanita itu dan tanpa ragu-ragu lagi, talak dituntutlah. Tragedi itu berlaku beberapa bulan lalu dan sekarang pelakon itu sudah hidup sendirian mengusung status janda muda.

Nasib baik mereka berdua tidak sempat menimang anak, kalau tidak, anaklah yang menjadi mangsa. Masya-Allah, minta simpang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: