Sunday, May 16, 2010

Dian bakal bergelar isteri


18 MEI adalah tarikh bersejarah buat Dian dan Indraguna.


TINGGAL dua hari lagi Dian Sastrowardoyo bakal meninggalkan status anak daranya.

Tanggal 18 Mei 2010 merupakan tarikh bersejarah dalam hidup Dian, pelakon yang melonjak naik melalui filem Ada Apa Dengan Cinta.

Berita sahih itu disampaikan oleh salah seorang pegawai Kantor Urusan Agama atau KUA yang memberitahu para wartawan bahawa pendaftaran pernikahan pelakon terkenal itu dengan jejaka Indraguna Sutowo telah dilakukan oleh keluarga pihak lelaki.

Pasangan tersebut memilih Hotel Dharmawangsa yang terletak di Jalan Brawijaya, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan sebagai tempat pernikahan mereka.

Setelah dua tahun bercinta, pasangan tersebut memilih 14 Februari sebagai tarikh pertunangan dan 18 Mei sebagai tarikh penyatuan hati dan kasih sayang mereka.

Terdahulu, Dian menyatakan dia memilih Indraguna sebagai suaminya kerana jejaka tersebut seorang yang pintar dan setia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: