Friday, May 21, 2010

Dengarnya: Aziz jadi menantu Lokman Ghani

NAMPAKNYA selepas bekas isterinya, Nor Aliah Lee bertemu pengganti, Aziz M Osman pula bakal menamatkan zaman dudanya pada 6 Jun depan dengan gadis 21 tahun bernama Puteri Lily Lokman. Majlis akan diadakan di sebuah restoran popular di tanah air.

Bererti perkahwinan yang bakal berlangsung ini adalah kali keempat selepas tiga rumah tangganya yang terdahulu berakhir dengan perpisahan. Perkahwinan ketiganya dengan seorang guru agama turut berakhir dengan kontroversi. Tak apalah kisah lalu tak payah dikenang lagi.
Cik Normah difahamkan Aziz dan bakal isterinya mengikat tali pertunangan pada 18 April lalu. Ironinya, usia Puteri Lily muda setahun daripada anak sulungnya, Puteri Nurul Fateha, ia bukan penghalang untuk Aziz meneruskan hasratnya bergelar suami.
Dan, Cik Normah dapat tahu, Puteri Lily rupa-rupanya anak kepada pelakon dan pengarah teater terkenal, Lokman Ghani. Ada kaitan darah seni juga. Apa-apapun, Cik Normah harap perkahwinan Aziz kali ini akan kekal lama dan harapnya sampai bila-bila.

Cik Normah tabik spring dekat Aziz biarpun bergelar duda, tetap ada pasaran tersendiri. Yang penting, yang melekat dengannya semua perempuan cantik. Kelas you. Cita rasa Aziz memang umph. Siapa sangka lelaki yang sudah berumur macam Aziz tidak laku di kaca mata perempuan muda! Tak kisahlah sebab setiap orang mempunyai cita rasa masing-masing. Apa yang penting mereka mempunyai hubungan yang halal, iaitu kahwin secara sah dan mendapat restu keluarga.

Sebelum terlupa, Cik Normah nak ucapkan terima kasih kepada Aziz yang sudi melayangkan kad undangan perkahwinan kepada Hip. Insya-Allah, Hip akan hantar wakil. Cik Normah tak dapat pergi kerana perlu balik ke kampung suami pada tarikh terbabit.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: