Friday, May 21, 2010

Dengarnya: Betulkah Remy dengan Rozita ada apa-apa?

HAMPA juga hati teman sepejabat Cik Normah apabila hasratnya untuk berkongsi cerita pelakon Rozita Che Wan dan adiknya, Ayu Raudhah mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah sejak 26 April lalu tidak dapat dilaksanakan. Teman Cik Normah kata, kamera milik Ayu yang merakamkan gambar mereka di sana tiba-tiba rosak hingga habis semua gambar terpadam.

Tak apalah. Apa nak buat, sudah bukan rezeki. Alang-alang menyebut nama Rozita Che wan, Cik Normah hidu cerita yang agak menarik untuk dikongsi. Nampaknya selepas Maya Karin yang dikaitkan bercinta dengan Remy Ishak, tiba-tiba Cik Normah hidu ‘jodoh’ Rozita dengan aktor kegilaan ramai itu juga semakin menjadi-jadi.
Maksud Cik Normah mereka ‘bercinta’ di lokasi penggambaran. Jangan salah sangka semuanya hanya babak dalam cerita. Kali pertama mereka disatukan dalam telefilem 3 Teruna. Terbaru sekembalinya Rozita dari Tanah Suci Makkah, mereka dipertemukan lagi sekali dalam telefilem Masihkah Ada Sinar.
Telefilem arahan Jamal Khan itu dijangka disiarkan di TV2. Pengarah yang sama juga pernah menghasilkan drama Kiah Pekasam yang turut dilakonkan Rozita.

Cik Normah rasa tak mungkin akan terjadi percintaan yang betul-betul di antara Rozita dan Remy. Iyalah, Rozita pun sedang bahagia dengan seseorang. Remy pula Cik Normah no komen. Kata Remy, dia masih solo. Tapi gosipnya dengan Maya Karin masih bertiup kencang. Entahlah!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: