Friday, May 21, 2010

Courtney akui pernah tiduri Kate Moss

LONDON: Penyanyi rock, Courtney Love semalam mendakwa dia pernah menjalinkan hubungan lesbian dengan Kate Moss.

KATE...gambar semalam.
KATE...gambar semalam.
Bekas isteri bintang Nirvana, Kurt Cobain itu berkata, dia meniduri supermodel berkenaan di Milan, Itali.

“Saya berharap dia tidak marah saya mendedahkan kisah ini.”

Courtney, bekas penagih dadah berusia 45 tahun dan penyanyi kumpulan Hole, membayangkan beberapa minggu lalu mengenai hubungannya dengan seorang selebriti wanita yang didakwanya mengejarnya sekeliling bilik dan berakhir dengan sesi seks.

Dan dalam temuramah mengejutkan dengan sebuah majalah, dia mengaku: “Selebriti wanita itu ialah Kate Moss.”

Courtney yang hubungan dengan anak perempuannya berusia 17 tahun semakin renggang, juga mendakwa ramai rakan wanitanya di London pernah tidur dengan Kate.

“Ia adalah cerita yang hebat untuk diberitahu kepada cucu. Ia berlaku di Milan pada 1990-an.”“Ia sudah berlaku dan ia menyeronokkan. Dia sering bercakap mengenainya dan saya berharap dia tidak marah saya menceritakan hal ini.


“Bagaimanapun, dia memang hebat. Dia rakan baik saya. Saya hampir membeli rumahnya di St John’s Wood, London.”

Kate, 36, ibu seorang anak yang diselar pada 2005 kerana mengambil kokain, memang terkenal kerana kisah cintanya.

Dia juga sering dikaitkan dengan lelaki, termasuk penyanyi yang juga penagih dadah, Pete Doherty dan bintang filem, Johnny Depp.

Ketika ini, dia dikatakan menjalinkan hubungan dengan pemain gitar kumpulan The Kills, Jamie Hince.

Dalam temuramah itu, Courtney turut mengaku pernah mengadakan seks dengan rakan sekumpulannya, Gavin Rossdale ketika lelaki itu berpacaran dengan Gwen Stefani yang kini menjadi isterinya.

Rossdale, 44, enggan menafikan dia curang terhadap Gwen, 40.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: