Sunday, May 23, 2010

Buka tadika di Kuala Lumpur dapat RM10,000




KUALA LUMPUR – Sesiapa sahaja yang berminat membuka tadika di kawasan perumahan di ibu kota akan mendapat geran pelancaran daripada kerajaan sebanyak RM10,000.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, sokongan kerajaan itu bertujuan memastikan tiada kanak-kanak bandar tercicir daripada peluang mendapatkan pendidikan prasekolah.

“Anak-anak yang mahu masuk tadika mesti diberi peluang pergi ke kelas tadika.

“Jadi kalau sesiapa yang berminat hendak buka kelas tadika, kerajaan akan memberi geran pelancaran berjumlah RM10,000,’’ katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: