
SEBAHAGIAN daripada lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam aktiviti songsang ditahan dalam satu operasi polis di sebuah premis di Midlands Park, George Town kelmarin.
GEORGE TOWN – Walaupun pernah diserbu beberapa kali oleh polis sebelum ini dipercayai atas kesalahan menawarkan perkhidmatan seks songsang untuk pasangan gay, namun sebuah premis di Midlands Park di sini yang berselindung di sebalik nama pusat kecergasan masih tidak serik untuk melakukan kesalahan sama.
Akibatnya, dalam serbuan terbaru kira-kira pukul 11.30 malam kelmarin oleh sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, seramai tujuh lelaki tempatan termasuk seorang penjaga premis itu ditahan sekali lagi.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: