Sunday, May 23, 2010

Agnes Monica tidak peduli




AGNES MONICA kini dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon drama bersiri, Rezky Aditya. Namun Agnes tidak pernah membuat pengakuan terhadap khabar yang sedang menular itu. Apabila Rezky dilanda masalah, Agnes tidak mahu campur tangan dalam masalah tersebut.

Rezky sedang menghadapi masalah apabila dituduh melanggar kontrak lakonan dengan MD Entertaiment. Dia bakal disaman kerana gagal menghabiskan sisa 241 episod drama bersiri terbitan MD Entertainment. Rezky memilih untuk berhenti berlakon dan meneruskan pengajiannya.

Namun, ada juga yang menyatakan bahawa Rezky berhenti berlakon dengan MD Entertainment kerana ingin melompat ke produksi yang sama dengan Agnes Monica.

Walaubagaimanapun, Rezky menafikan hal tersebut sebaliknya menyatakan bahawa dia berhenti daripada berlakon drama tersebut kerana ingin meneruskan pelajarannya dan ini sama sekali tidak melanggar kontrak.

Agnes Monica bagaimanapun mengambil sikap menutup mulut kerana baginya ia adalah masalah peribadi Rezky dan terserah pada Rezky apa yang seharusnya dilakukan kerana baginya, lelaki sudah cukup dewasa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: