![]() |
| |
INI bukan album pertama mereka tetapi sudah melepasi fasa getir yang cukup menaikkan nama lima anak muda ini untuk dikenali di Malaysia. Dengan terhasil + - x / (campur tolak kali bahagi), ia menghasilkan momentum yang cukup kuat kepada 6ixth Sense.
Pernah popular dengan lagu Tanpa dan Hari Ini & Semalam, 6ixth Sense turut bertuah apabila single Khatimah Cinta yang dimuatkan dalam album terbaru ini begitu mendapat tempat dan diterima ramai.
Kali ini pelbagai variasi dan kelainan yang cuba ditampilkan oleh mereka termasuklah dari segi susuan muzik sehinggalah merakamkan beberapa buah lagu di Bandung, Indonesia.
Rasai sendiri lagu-lagu seperti Yang Sempurnakan, Pemilik Hati, Haruskah, Cinta Yang Sempurna dan banyak lagi untuk anda.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: