Sunday, May 23, 2010

Papa aku jahat – Christina




DIVA Hollywood, Christina Aguilera mengakui bahawa dia tidak pernah merasai kasih sayang daripada insan bergelar bapa sejak zaman kanak-kanak dan terus ke hari ini.

Bahkan penyanyi pop, R&B dan blues itu menganggap bapanya suka menyeksa psikologi dan fizikalnya.

‘‘Tak kisah kalau orang anggap saya anak yang lupa diri. Itu hakikatnya kerana sampai ketika ini saya masih tidak punya alasan untuk berbaik dengan dia. Lebih baik kami tidak berjumpa, itu yang lebih baik,’’ katanya.

Penyanyi Genie in a Bottle dan What a Girl Wants itu juga menceritakan tentang penderitaan ibunya yang sering didera oleh bapanya. Sekali gus mengundang rasa marah terhadap lelaki berkenaan.

Ditanya adakah pemilik nama penuh Christina María Aguilera itu bersedia untuk memaafkan bapa sekiranya lelaki itu menyesali perbuatan masa lalu, penyanyi itu menegaskan begini:

‘‘Kita perlu bersikap

seperti orang dewasa. Perlu saling memaafkan antara satu sama lain. Mengapa perlu berdendam terlalu lama?’’

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: