![]() |
| YOU HER (kanan) menunjukkan laporan polis bersama Michael Tay pada sidang akhbar di Johor Bahru semalam. |
JOHOR BAHRU - Gara-gara dendam, seorang wanita sanggup mengupah ah long untuk mendapatkan semula duitnya yang digunakan bekas kekasihnya yang kini terpaksa hidup merempat sejak Ogos tahun lalu.
Chew You Her, 36, mengakui telah menggunakan wang sebanyak RM20,000 itu tanpa pengetahuan bekas teman wanitanya untuk membesarkan peniagaannya yang menjual aksesori kereta di Taman Tun Aminah.
"Memang saya mengaku salah tetapi mengapa mesti guna ah long untuk mendapatkan wang tersebut sedangkan saya tidak pernah melarikan diri daripadanya.
"Sekarang hidup saya diganggu ah long siang dan malam sehingga terpaksa hidup merempat setelah geran rumahnya di Tampoi dirampas selain dipukul dan ditendang," ceritanya.
Tambah You Her, dia juga dipaksa membayar RM36,000 termasuk bunga oleh ah long-ah long berkenaan sedangkan saya bukannya ambil wang mereka," katanya sebak ketika ditemui di Pejabat Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay di sini semalam.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: