Wednesday, March 31, 2010

Ahli keluarga ketua mafia derma RM6.2 juta

TAIPEI - Ahli keluarga mendiang ketua mafia Taiwan, Lee Chao-hsiung, yang meninggal dunia kerana kanser paru-paru pada 11 Mac lalu mendermakan AS$1.9 juta (RM6.2 juta) kepada badan-badan kebajikan bagi memenuhi wasiat terakhirnya, kata pihak berkuasa semalam.

Chao-hsiung meninggal dunia semasa berumur 73 tahun dan pengebumiannya akan diadakan pada lewat bulan depan dengan lebih 20,000 orang dijangka menghadirinya.

Dia terkenal kerana banyak membantu rundingan bagi membebaskan sejumlah mangsa culik yang terdiri daripada ahli politik dan perniagaan termasuk Speaker Majlis Perbandaran Thaichung, Chang Hung-nien, lapor sebuah akhbar.

Menurut satu kenyataan majlis perbandaran itu, anak ketua mafia itu menderma wang tersebut dengan menggunakan nama bapanya kepada golongan kurang upaya dan tidak berkemampuan termasuk empat buah pertubuhan kebajikan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: