Friday, March 12, 2010

Jualan Honda Malaysia kekal kukuh


PELANCARAN Honda CR-V baru ini akan meningkatkan penguasaan syarikat dalam segmen SUV di pasaran tempatan.


PUTRAJAYA - Penarikan balik kereta-kereta Honda ekoran masalah alat penggembung beg angin (SRS) di negara-negara lain, tidak akan memberi kesan kepada jualan Honda Malaysia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Sdn. Bhd., Toru Takahashi berkata, syarikat telah menyaksikan pertumbuhan kukuh daripada segi tempahan dan jualan sejak dua bulan lepas.

"Untuk bulan Januari, kami mencatatkan jumlah jualan 3,876 unit dan pada bulan Februari, iaitu bulan kerja yang lebih pendek, kami mencatatkan jualan sebanyak 2,108 unit.

"Dengan sebanyak 5,984 unit terjual, kami yakin mencapai sasaran keseluruhan Honda Malaysia menjual 40,000 unit tahun ini,'' katanya selepas melancarkan generasi ketiga Honda CR-V di sini semalam.

Tahun lepas, Honda Malaysia menjual 38,783 unit iaitu peningkatan 19 peratus berbanding jualan tahun sebelumnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: