Tuesday, March 30, 2010

Pintu ke alam selepas mati ditemui di Mesir


GAMBAR menunjukkan pintu granit merah Mesir yang dianggap pintu ke alam selepas mati.


KAHERAH, Mesir - Sebuah pintu granit merah yang besar daripada makam purba penasihat ratu telah dijumpai di Luxor, Mesir, kata Menteri Kebudayaan Mesir, Faruk Hosni semalam.

Pintu batu berukir yang dipercayai oleh penduduk Mesir purba sebagai gerbang kepada kehidupan selepas mati itu digali berhampiran Kuil Karnak di Luxor dan milik makam User. User ialah penasihat Ratu Hatshepsut.

Ratu itu yang memerintah Mesir antara tahun 1479 hingga 1458 Sebelum Masihi merupakan Firaun wanita yang paling lama menguasai takhta.

Pintu setinggi 17.5 meter dan setebal 19 inci itu diukir dengan teks-teks keagamaan dan mempunyai pelbagai pangkat yang dimiliki User seperti datuk bandar, wazir dan putera.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: