Friday, March 12, 2010

Dua kaki intai terima padah


DUA kaki intai yang merupakan pelajar sebuah IPTA cedera di kepala dan badan selepas dibelasah sekumpulan lapan lelaki di stesen minyak di Semambu, Kuantan semalam.


KUANTAN - Nafsu suka mengintai yang menguasai dua pelajar sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) membawa padah apabila mereka cedera dibelasah oleh sekumpulan lapan pelajar lain di sebuah stesen minyak di Semambu di sini kelmarin.

Kejadian pukul 12 malam itu berlaku selepas tindakan mereka mengintai kira-kira 10 pelajar perempuan melalui celah tingkap di sebuah rumah sewa disedari oleh salah seorang mangsa.

Wanita berusia dalam lingkungan 20-an itu kemudian bertindak menghubungi teman lelakinya yang juga merupakan pelajar di situ.

Teman lelaki pelajar perempuan itu kemudian mengumpulkan rakan-rakannya untuk mencari dua lelaki terbabit dengan menaiki kereta.

Difahamkan, kesemua pelajar itu merupakan pelajar tahun akhir di IPTA tersebut.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Siasatan dan Perundangan Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, selepas puas mencari, teman lelaki gadis itu terserempak dengan dua pelajar berkenaan di sebuah stesen minyak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: