
Pelbagai kes syariah merangkumi kes Faraid, Hadhanah, Mutaah, Eddah hinggalah jenayah syariah terus dipaparkan selama 13 minggu dengan hasrat menjadi pedoman kepada penonton.
Sebutan Syariah Musim 5 akan menampilkan pandangan pakar perundangan syariah pelbagai lapangan terdiri dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Persatuan Peguam Islam Malaysia (PPIM) selain Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam setiap negeri.
Menampilkan pengacara yang kian popular, Abu Talib Husin, sebutan Syariah Musim 5 bakal bersiaran pada setiap hati Jumaat, 7.30 malam bermula 26 Mac di Astro Oasis.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: