Wednesday, March 31, 2010

Zee Avi Enggan Berbahasa Malaysia… Dah Lupa Diri!

image 

Zee Avi menegaskan dia lebih selesa berbahasa Inggeris.

POPULARITI mendadak yang dikecapi pendatang baru, Zee Avi atau nama sebenarnya, Izyan Alirahman di tanah air sendiri sedikit tercalar lewat ini apabila didakwa enggan berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia walaupun dengan pihak media tempatan. Justeru, pelbagai ‘kata-kata nakal’ dan persepsi negatif mula memalit gadis berusia 23 tahun ini hingga mempersoalkan jati dirinya sebagai anak Malaysia dan diselar lupa diri.

Enggan membuat andaian sendiri, mStar Online yang bertemu gadis genit ini secara eksklusif baru-baru ini, mendapatkan penjelasan daripada empunya badan mengenai dakwaan itu. Jelas air mukanya berubah tatkala diajukan soalan. Bagaimanapun, Zee yang seakan sudah menjangkakan pertanyaan itu kelihatan tenang sebelum mengulas lanjut.

image

Ujarnya, bukan dia sengaja mahu dilabel sebagai lupa diri atau asal-usul ekoran keputusannya yang enggan berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan itu.
Sebaliknya, penyanyi lagu Kantoi ini punya penjelasan sendiri berhubung dakwaan itu. Akuinya, sebagai anak Sarawak, dia sendiri secara fitrahnya tidak begitu fasih berbahasa Melayu.

Bukan dia tidak boleh atau sengaja tidak mahu bercakap dalam Bahasa Malaysia, cuma sejak kecil bahasa Melayu yang bermain di bibirnya adalah bahasa Melayu yang tidak rasmi. "Bukan saya tidak boleh cakap Melayu, cuma anda harus faham saya ini orang Sarawak. Bahasa Melayu Sarawak tidak sama dengan bahasa Malaysia rasmi. "Saya tidak begitu fasih dengan bahasa Malaysia rasmi. Selama ini pun saya menggunakan bahasa pasar dan ia tidak sesuai digunakan untuk urusan kerja dan rasmi.

"Lagipun, ketika di bangku sekolah saya belajar di sekolah aliran Cina. Bahasa yang saya pelajari adalah bahasa Mandarin. Selain bahasa Mandarin, saya hanya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris," kata gadis kelahiran Miri, Sarawak ini.
Justeru, selepas bergelar anak seni, mungkin tidak manis jika dia tidak dapat menggunakan perkataan dan struktur ayat bahasa Malaysia dengan betul.
Untuk mengelakkan sebarang masalah atau salah tafsir daripada mana-mana pihak, Zee Avi lebih senang untuk memilih Bahasa Inggeris sebagai medan komunikasinya.

image

"Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dengan mana-mana pihak terhadap penggunaan bahasa Malaysia saya, lebih baik saya menggunakan bahasa yang saya selesa untuk berkomunikasi. "Lagipun, bahasa Inggeris adalah bahasa standard yang difahami oleh semua pihak. Kita sepatutnya berbangga kerana boleh berbahasa Inggeris. Ini pun boleh dianggap sebagai ‘1Malaysia’ juga.

"Malah, secara tidak langsung, perjuangan muzik saya dengan medium bahasa Inggeris ini boleh mendekati kelompok peminat yang lebih besar dan bukan hanya terbatas kepada orang Melayu sahaja," jelasnya. Tambah Zee, keputusan untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi langsung tiada kaitan dengan jati diri atau ketaksubannya dengan bahasa itu selepas bergelar penyanyi antarabangsa.
Baginya, dia sentiasa ingat asal-usul dan jati dirinya sebagai anak Melayu Sarawak.

"Ingin saya tegaskan di sini, keputusan untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi langsung tidak ada kena mengena dengan kenyataan saya sudah lupa diri dan asal-usul. "Sudah tentu saya sentiasa ingat siapa diri saya dan dari mana saya datang. Saya bangga menjadi anak Malaysia. Malah, orang tua saya selalu pesan supaya sentiasa berpijak di bumi nyata dan ingat asal-usul kita. "Pada saya, isu bahasa ini tidak seharusnya timbul. Itu adalah pendirian saya. Saya amat hargai jika peminat menerima saya seadanya kerana muzik yang saya perjuangkan berbanding isu sebegini," ujarnya lagi.

3 comments:

  1. alasan jak tu.di sekolah pun belajar BM gak.alasaqn bodoh.cakap jak ko ndak mau cakap BM.BI pun tunggang langgang, tak selesa cakap BM konon. Piiiirah !

    ReplyDelete
  2. biar lah dia , yang penting kalau tak suka, jangan baca atau ambil pasal dia....macam bahasa kau pun ndak sama, nanti orang ndak paham.....nda kan zee avi cakap, kamek madah ngan kitak kmk x pandey tutor bm ko, kmk makey bahasa inggeris jak,,,,

    ReplyDelete
  3. Miak sarawak padu! aku org swk ilek jak kakar bahasa malaysia rasmi.ku pun skolah cina. and aku pun cina mix iban. pandey juak ku kakar bahasa rasmi..kau ia bujat.sik kan kau di rumah kakar dgn urg tua masa kecik kakar cina and english..sbb kau bujat..jegit nemu nn...bahasa menunjukan bangsa. bujat kau!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: