Tuesday, March 30, 2010

Geng 'Botak Perdana' berkubur


MOHD. MOKHTAR (kanan) menunjukkan baju seragam polis palsu berpangkat konstabel yang dirampas dari tiga lelaki pada sidang akhbar di IPK Johor semalam.


JOHOR BAHRU - Kegiatan licik sekumpulan tiga lelaki bergelar Geng 'Botak Perdana' melakukan samun dengan menyamar sebagai polis berkubur apabila kesemua mereka ditahan dalam satu serbuan di sekitar bandar raya ini Khamis lalu.

Kesemua suspek berusia antara 25 dan 35 tahun tersebut ditahan di kawasan Tampoi di sini pada pukul 11.30 pagi.

Salah seorang daripada mereka merupakan bekas polis bantuan di sebuah jabatan kerajaan di sini manakala dua lagi merupakan adik-beradik yang bekerja sendiri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: