Tuesday, March 30, 2010

Kim-Demi bergaduh di Twitter


Gambar di laman Twitter menunjukkan Kim (kiri), La Vazquez, Serena Williams dan Kelly Rowland.


MIAMI - Pelakon terkenal, Demi Moore menggunakan Twitter pada setiap hari untuk menyebarkan maklumat dan berkongsi kegembiraan dengan 2.6 juta pengikutnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, baru-baru ini, dia menggunakan laman web sosial itu untuk membidas model, pelakon dan juga rakannya, Kim Kardashian.

Pergaduhan mereka berlaku apabila Kim menyiarkan sekeping gambar di laman Twitter miliknya selepas dia menghadiri satu majlis amal di Miami baru-baru ini.

Gambar itu menunjukkan Kim bersama teman selebritinya iaitu La Vazquez, bintang tenis, Serena Wiliams dan penyanyi Kelly Rowland.

Demi, 47, tidak puas hati kerana model jelita berusia 29 tahun itu menulis perkataan Big Pimpin pada gambar tersebut.

Aktres itu mempertikaikan perkataan pimpin yang hampir menyerupai perkataan Inggeris pimping, bermaksud melacur.

Namun, dia tidak menyedari perkataan Big Pimpin itu sebenarnya judul lagu penyanyi rap terkenal, Jay Z.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: