Wednesday, March 31, 2010

Komik Superman edisi 1938 dilelong RM4.9 juta


GAMBAR menunjukkan komik Action Comics No. 1 yang menunjukkan watak Superman.


NEW YORK - Sebuah komik Action Comics No. 1 edisi tahun 1938 dijual kelmarin pada harga AS$1.5 juta (RM4.9 juta) menerusi lelongan di laman web ComicConnect.com.

Komik itu menampilkan watak Superman dan pada asalnya dijual dengan harga AS$0.10 (RM0.32).

Pada Februari lalu, komik yang sama dijual pada harga AS$1 juta (RM3.2 juta) walaupun ia tidak berada dalam keadaan yang baik.

Dianggarkan terdapat 100 naskhah komik Action Comics No. 1.

Naskhah itu dinilai tinggi sedikit berbanding komik yang dijual pada Februari lalu sebanyak AS$1 juta.

Komik yang dilelong kelmarin itu dibeli daripada seorang pengumpul sebelum dijual oleh Stephen Fishler dan Vincent Zurzolo, pemilik bersama laman web ComicConnect.com.

Komik itu dibeli selepas beberapa minit diiklankan.

"Saya tidak fikir akan terdapat buku lain yang boleh menandingi harganya. Ini mungkin harga rekod terakhir untuk sebuah komik sekurang-kurangnya bagi tempoh 10 atau 20 tahun akan datang," kata Fishler.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: