AKTRES Sandra Bullock masih tidak mahu bercakap soal skandal kecurangan suaminya, Jesse James. Gosip terakhir yang tersebar mengatakan bahawa pemenang Oscar melalui filem The Blind Side ini sedang hamil.
Seperti yang dipetik dari hipandpop.com, memberitahu bahawa Bullock mengandung dan mengharapkan kehadiran bayi tersebut sebelum kecurangan suaminya diketahui umum.
Selama pernikahannya, Bullock dan Jesse tidak memiliki anak. Pasangan ini telah membesarkan anak perempuan Jesse dari pernikahan sebelumnya.
Hingga kini, sejak berita kecurangan suaminya tersebar, Bullock memilih 'bersembunyi'. Dia juga membatalkan jadual untuk muncul di khalayak, dan baru-baru ini Bullock membatalkan jadual untuk hadir di majlis The Nickelodeon Kid's Choice Awards.
Empat wanita yang mengaku pernah bersama Jesse. Setelah penari bogel bertato, Michelle McGee, satu persatu wanita muncul menaku terlibat dalam kecurangan Jesse James. Mereka yakni Melissa Smith, Brigitte Daguerre dan seorang lagi yang belum membuka identitinya, hanya mewakilkan peguamnya, Gloria Allred.
Bullock kini hanya muncul bersama teman-teman rapatnya bagi mendapatkan sokongan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: