AKTOR Will Smith dilaporkan telah menimbulkan kekecohan dan masalah di lokasi rakaman program TV HawthoRNe, kendalian isterinya, Jada Pinkett Smith.
Menurut sumber, pegawai-pegawai eksekutif TNT (penerbit program itu) telah menyalahkan Smith kerana menimbulkan kekecohan di lokasi rakaman program itu.
Sebagai penerbit bersama, mereka menganggap aktor itu gagal memberikan kerjasama kepada pihak penerbitan dengan bertindak sedemikian.
"Dia (Smith) tidak terlibat dengan mana-mana penggambaran filem sekarang. Sebab itu, dia sentiasa muncul di lokasi rakaman beberapa minggu kebelakangan ini.
"Dia telah mencampuri urusan rakaman dengan meminda skrip program dan menambah idea itu dan ini. Ia telah memberi kesan kepada jadual rakaman hingga menjadi kelam-kabut dan berubah sama sekali.
"Semua orang berdoa agar Smith segera mendapat tawaran filem terbaru supaya dia tidak perlu muncul di lokasi rakaman itu lagi," demikian menurut kenyataan sumber itu kepada akhbar The New York Daily.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: