Monday, March 29, 2010
MCG2 tekad buat amal
Bagi peminat program di saluran 8TV, Baki Zainal, hos Step Forward dan Celebrity Chat bukan asing. Dia tampil imej tersendiri yang mampu memenuhi selera penggemar stesen TV itu.
Namun, di sebalik kesibukannya, dia sempat mencuri peluang untuk melakukan kerja amal terutama yang melibatkan alam sekitar.
Dia bertindak mengasaskan The Malaysian Celebrities Go Green (MCG2) yang turut dianggotai tiga rakan selebriti lain iaitu Dina Nadzir, Soo Wincci dan Azizi Zakaria.
Menurutnya, MCG2 yang ditubuhkan sejak Oktober 2009 memberi sokongan terhadap usaha anjuran badan korporat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan dengan alam sekitar.
”Saya sedih bila tengok alam sekitar yang tercemar. Bila timbul kesedaran, saya dapat idea untuk tubuhkan MCG2,” katanya.
Menafikan MCG2 ditubuhkan untuk raih populariti, katanya tindakannya itu untuk kepuasan diri dan tanggungjawab sosial.
Bercerita tentang aktiviti terbaru MCG2, mereka baru selesai membersihkan pantai Tanjung Bidara. Sebelum itu, mereka mengadakan ceramah kepada pelajar di sekolah terpilih di Melaka. MCG2 juga telah membersihkan Sungai Kinta di Perak.
Aktiviti MCG2 mendapat tajaan dan sokongan padu dari syarikat-syarikat terkemuka tanah air termasuklah dari syarikat Digi Telecommunications.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: