POPULARITI mendadak yang dikecapi pendatang baru, Zee Avi atau nama sebenarnya, Izyan Alirahman di tanah air sendiri sedikit tercalar lewat ini apabila didakwa enggan berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia walaupun dengan pihak media tempatan.
Justeru, pelbagai ‘kata-kata nakal’ dan persepsi negatif mula memalit gadis berusia 23 tahun ini hingga mempersoalkan jati dirinya sebagai anak Malaysia dan diselar lupa diri.
Enggan membuat andaian sendiri, mStar Online yang bertemu gadis genit ini secara eksklusif baru-baru ini, mendapatkan penjelasan daripada empunya badan mengenai dakwaan itu.
Jelas air mukanya berubah tatkala diajukan soalan. Bagaimanapun, Zee yang seakan sudah menjangkakan pertanyaan itu kelihatan tenang sebelum mengulas lanjut.
Ujarnya, bukan dia sengaja mahu dilabel sebagai lupa diri atau asal-usul ekoran keputusannya yang enggan berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan itu.
Sebaliknya, penyanyi lagu Kantoi ini punya penjelasan sendiri berhubung dakwaan itu. Akuinya, sebagai anak Sarawak, dia sendiri secara fitrahnya tidak begitu fasih berbahasa Melayu.
Bukan dia tidak boleh atau sengaja tidak mahu bercakap dalam Bahasa Malaysia, cuma sejak kecil bahasa Melayu yang bermain di bibirnya adalah bahasa Melayu yang tidak rasmi.
"Bukan saya tidak boleh cakap Melayu, cuma anda harus faham saya ini orang Sarawak. Bahasa Melayu Sarawak tidak sama dengan bahasa Malaysia rasmi.
"Saya tidak begitu fasih dengan bahasa Malaysia rasmi. Selama ini pun saya menggunakan bahasa pasar dan ia tidak sesuai digunakan untuk urusan kerja dan rasmi.
"Lagipun, ketika di bangku sekolah saya belajar di sekolah aliran Cina. Bahasa yang saya pelajari adalah bahasa Mandarin. Selain bahasa Mandarin, saya hanya berkomunikasi dalam bahasa Inggeris," kata gadis kelahiran Miri, Sarawak ini.
Justeru, selepas bergelar anak seni, mungkin tidak manis jika dia tidak dapat menggunakan perkataan dan struktur ayat bahasa Malaysia dengan betul.
Untuk mengelakkan sebarang masalah atau salah tafsir daripada mana-mana pihak, Zee Avi lebih senang untuk memilih Bahasa Inggeris sebagai medan komunikasinya.
"Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dengan mana-mana pihak terhadap penggunaan bahasa Malaysia saya, lebih baik saya menggunakan bahasa yang saya selesa untuk berkomunikasi.
"Lagipun, bahasa Inggeris adalah bahasa standard yang difahami oleh semua pihak. Kita sepatutnya berbangga kerana boleh berbahasa Inggeris. Ini pun boleh dianggap sebagai ‘1Malaysia’ juga.
"Malah, secara tidak langsung, perjuangan muzik saya dengan medium bahasa Inggeris ini boleh mendekati kelompok peminat yang lebih besar dan bukan hanya terbatas kepada orang Melayu sahaja," jelasnya.
Tambah Zee, keputusan untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi langsung tiada kaitan dengan jati diri atau ketaksubannya dengan bahasa itu selepas bergelar penyanyi antarabangsa.
Baginya, dia sentiasa ingat asal-usul dan jati dirinya sebagai anak Melayu Sarawak.
"Ingin saya tegaskan di sini, keputusan untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium komunikasi langsung tidak ada kena mengena dengan kenyataan saya sudah lupa diri dan asal-usul.
"Sudah tentu saya sentiasa ingat siapa diri saya dan dari mana saya datang. Saya bangga menjadi anak Malaysia. Malah, orang tua saya selalu pesan supaya sentiasa berpijak di bumi nyata dan ingat asal-usul kita.
"Pada saya, isu bahasa ini tidak seharusnya timbul. Itu adalah pendirian saya. Saya amat hargai jika peminat menerima saya seadanya kerana muzik yang saya perjuangkan berbanding isu sebegini," ujarnya lagi.
bukan semua orang faham bahasa inggeris so wartawan kenala kerja lebih sikit, kenala buat alih bahasa plak sebab mungkin ramai peminat avi tak paham bahasa tu ..ha amacam, hati peminat nak jaga jugak kalau nak berjaya dalam seni..pse improve yr bahasa malaysia, bukan susah sangat.
ReplyDeletealasan.
ReplyDeletebukan alasan la dolmat.... memang betul kat zee avi... lebih baik kiter berbahasa dengan bahasa yang kita selesa.. lebih2 lagi kalau dalam urusan kerja .. imagine kalau sorang artis nie -orang melayu tapi tak berfasih bahasa melayu - masa interview cuba berbahasa melayu - malangnya bahasanya tunggang langgang... dah timbul nanti korang2 yang kat luar tu kutuk dia tak pandai berbahasa... nanti ada je alasan yang korang bagi plak..
ReplyDeleteso kepada zee avi.. be urself.. be true to urself.. thats the most important thing.. biar lah ngan apa kata orang lain.. apa apa pun u still have to learn berbahasa melayu... ala.. bukannya susah.. bahasa campur2 macam aku berbual sekarang nie pun ok.. setengah melayu setengah omputih....
kalau asyik nak berbahasa melayu je pun tak bleh gak.. sebab kena bahasa omputih sekali.. sebab nie persada seni.. kalau dah nak sebarkan persada seni malaysia ke dunia.. kena gak tau bahasa inggeris iaitu bahasa perantaraan.. kalau tidak, cam ayam ngan itik ler berbual.. kang buat malu negeri.. yang pasti.. kau kena fasih kedua dua bahasa sekali... baru cun !!!
Zee Avi. We love you. We are not perfect. Be your best. Make us even prouder! You voice is No. 1.
ReplyDeleteyes! Zee ur the best..memanglah betul bahasa sarawak jauh beza daripada bahasa Malaysia.Banyak yang tak sama maksud terutama dari segi lenggok bahasa langsung jauh berbeza. Dan bagi yang latar pendidikan di sekolah kebanyakkan di sarawak menghadapi malasah bertutur dalam bahasa standard.So Zee dont worry if u communicate in english.its time to make a change...or if u dont..just be be urslf..we ..sarawakian support u 200%...
ReplyDeletelol.. bila masa nama aku kat komen di atas tu jadi alamat lelaman aksi panas plak.. cheh.....
ReplyDeleteso zeee...... ingat pesan gue.. be true to urself... u have supporters and fans ard... jgn dulik kata orang
Zee Avi the best n we proud on you girl... "internationly" Sarawak.
ReplyDeleteWhat the hell tak tahu berbahasa melayu dulu sekolah atas pokok ke....?
ReplyDeleteoi kimak...ko tuh pakai bahasa rojak campur sana sini sekolah kat mana?kandang lembu? dalam gua? atau mmg x sekolah...mengata org bole la sampah...cakap hipokrit sial...ni la yg dikatakan x sedar diri...mengata org,cuba la cermin muka babi pengutuk ko tuh...fucker lapsap sohai cibai o0o...cakap xde nilai langsung=sampah
ReplyDeleteske hti die la nk pkai bhse appon,,yg pentng die tk jthkn maruah negara btoi tk??????
ReplyDeleteSama sahaja dgn Gabenor Bank Negara. Tak pernah dengar dia cakap Melayu. Ayah dia sorang tokoh dihormati. Tapi dia macam bukan orang Malaysia yang Melayu plak.
ReplyDelete.. poodahh!!cakap bahasa inggeris pon tak betul .. kaapuuuitttt!!!.
ReplyDelete...haha.... well, sy pun x berapa tahu ckp melayu sbb kat rumah biasa ckp org putih..... kita sama lah ZEE AVI....
ReplyDeleteGo On Zee Avi..Be Strong... Jangan jadikn Cacian & Tohmahan manusia2 yang berhasad dengki tu melemahkan semangat u..B urself... Abaikan manusia yang brfikiran kolot 2 k..i understand ur situation...
ReplyDeletekalau korang nak tau..kat sarawak masyarakat majmuk,berbilang bangsa... bukan org melayu jer.. jadi,cakap pun kena campur2... Masyarakat majmuk yang aman dan harmoni... Takde kes perkauman timbul..Suma open minded.. So keep your good job ZEE!!!!
org srawak x pnah skolah atas pokok la...ape la...ingat org swak ni miskin sgt ker? same jer taraf idup kite nie...satu makhluk Tuhan gak...
ReplyDeleteckp melayu dulu la..pastu klu ade yg x paham,translate la plk...tp yg pastinya org melayu mmg CEPAT LUPE!! seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad
ReplyDeleteRasanya si zee avi ni bukan hal penting sangatpun..wartawan patut fokus pada golongan yang lebih ramai iaitu kita semua....masyarakat dah terbiasa dengan bahasa pasar dan manglish..didik masyarakat ....tentang zee avi.. selamat berjaya, awak tak penting sangatpun....
ReplyDeletesape dia ni?aku xpnah dgr nm dia pn..tetibe jek mncul..pas2 b'lagak xnk ckp BM lak..hellooo!!kt skolah xblajar BM ke??ko tgk org puteh yg dtg b'tnding b'pidato bhasa mlyu..leh je..ko yg pure org M'sia xleh nk ckp BM plak..POYO NAK MAMPUSS!!
ReplyDelete"bagi kamek,album tok kamek nak jual kat malaysia juak.."tak ke bodoh kalau dia jawab macam tu..sah sah la wartawan tak leh nak faham..dah dia cakap kurang fasih dan takut disalah tafsir oleh wartawan,ko nak cakap apa?so biarlah je lah dia cakap bahasa english..macam siti berbahasa english masa red carpet AIM,tak ke haru biru jadinya bila siti tak fasih berbahasa english..jadi,gunalah bahasa mengikut keselesaan anda sendiri ye..
ReplyDeleteZee Avi,u go girl!!
HAhahahaaa...kita ketawakan manusia yang kolot yang tak dapat terima kelebihan org lain kat atas sana... Wey,kalau balk kat swak & minyak kt swak takde, entah2 sapa yang sapot negara kamu org yek... Cakap org sarawak skolah atas pokok konon..Wey,juz 4 ur info, sekolah pondok pun sarawak takde tau... merapu jer lepeh2 kat cni kan..Hahhahahahah.... Kalau dah lepeh tu..lepeh lah jugak..tak sama standard ngn kta.. masyarakat majmuk... Go on Sarawakian!!!!
ReplyDeletewei, tak kenal zee avi ke buduh.. org dah tour satu dunie tau, yang ko sibuk dengan afundi ko pastu kutuk orang macam sial, menampakkan kekosongan minda ko tu, selidik sikit sebelum buat komen, kalau begini la punya sikap, sampai bila pun ko x akan maju.. bosan aku dengan org macam ni, kalau tak tau apa2 diam, tutup mulut... dan buanglah mentaliti yg org sarawak / sabah ni mundur.. sekolah pokok la... sempit akal, ilmu kosong, mulut ja besar macam tin kosong.. GO ZEE AVI!!!
ReplyDeletetour 1 dunia knon tp bhsa sndri pn xreti nk ckp wtpe...aku xheran pn ngan dia ni..xde dia pn lg bgus..wt menyemak je..dh lh rmbut cm tak penah sikat..xde duit beli sikat ke?kata tour 1 dunia lh konon..sikat pn xleh bli..wakakaka..klakar nk mamposs...
ReplyDeletetrpulang pd die lah nak ckp bhasa sndri... Bkn mnyusahkan hdup ko or kluarga ko pun die... N satu lg k,klau dia bnyak duit ke x bnyak duit bkn nya ko yg susah... trpulang pd dielah nk sikat ke x rmbut die... make your own style lah... x yah nak ikut stail org lain... die dgn cara die sndri, ko pun dgn cra ko sndri.... Ada faham!!!
Deleteemm..skolah cina,kt umh ckp BI n sumelh itu bkn alasan k..aku pn ada mber bdk srwk..sma gak cm zee avi ni..tp stil boleh ckp BM dgn baik..sorg lg mber aku bdk sbah..mak n ayh dia cikgu BI..kt umah ckp BI..dia plak skolah cina..tp bila dia ckp BM org pn xleh detect dia ni dak sbah or smnanjung sbb BM dia perfect..so what zee avi?pe alasan lg yg ko leh bg ek?
ReplyDeleteMasalah wartawan tue kot dia ingat waktu study dulu English tak penting, dia yg selalu ponteng class english kot.
ReplyDeleteTak pandai pun tak ape bleh cari company yg guna bahasa malaysia. Nampak sgt wartawan tue tak ada keboleh pasaran kerja bertaraf antarabangsa.
Aku pun bahasa melayu bukan betui, bahasa kelantan campur bahasa malaysia campur english.
Yg penting bahasa utama dunia kena faham, bahasa negara kena tau sikit2, yg penting jgn tinggal bahasa negeri yg asal.
orang malaysia mmg pandai2.bleh ckp bahasa asing.org asing bleh ke semua nya cakap BM....hehehe soli la ...low class kata nya kot..aku suka bahasa ibunda aku.....
ReplyDeletekorang yang mengutuk tu semuanya jeles..mcm la ada word poyo dlm kamus bhs melayu..apa jak ka..mcm la korang tu perfect..sikit-sikit nak mengutuk orang tu lah yang namanya korang x perfect..taik
ReplyDeleteOrang putih bingung dengar orang kita cakap bahasa dia , sebab dia sendiri pun tidak faham apa yang kita cakap . Lepas tu siap dia tanya
ReplyDeletesemula dalam bahasa Malaysia . Tak ke malu sendiri jadinya . Jadi belajar dan tuturlah BI dan BM betul-betul . Jangan belajar tepi jalan sehingga memalukan diri sendiri .
biarlah dye nak ckp BI ke Bm ke...kalao dye x fasih lg bahasa malaysia dye msh boleh belajar ape...we're not perfect..
ReplyDelete