PENYANYI terkenal Shakira merancang untuk memulakan kehidupan berkeluarga selepas berjaya menyelesaikan misinya untuk menjelajah dunia.
"Saya akan melaksanakan misi penjelajahan terlebih dahulu dan selepas itu akan fikir untuk mendapatkan anak," kata Shakira yang bersedia untuk melahirkan anak hasil hubungan dengan teman lelakinya Antonio de la Rua.
"Saya rasa seperti gila, tapi sebenarnya saya sudah bersedia. Kami pernah berbincang dan bercakap mengenainya," ujar Shakira.
Penyanyi yang berumur 33 tahun itu kini sedang sibuk dengan mempromosikan album terbarunya She Wolf ke seluruh dunia.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: