Tuesday, March 30, 2010

Ceramah Kosmo! di Unimas


BAHAROM (kiri) dan Dr. Jeniri (kanan) bergambar kenangan bersama para pelajar Unimas di Kuching, Sarawak Sabtu lalu.


SERAMAI 50 pelajar Kajian Komunikasi Sains Sosial (KKSS) Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) mendengar ceramah bertajuk Pengurusan Bilik Berita yang disampaikan oleh Pengarang Kosmo!, Baharom Mahusin di kampus baru universiti itu di Kota Samarahan dekat Kuching Sabtu lalu.

Ceramah atas jemputan Unimas itu memberi pendedahan kepada para pelajar KKSS tentang dunia persuratkhabaran.Turut memberi ceramah ialah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI), Datuk Chamil Wariya. Hadir sama Pensyarah Kajian Komunikasi Unimas, Dr. Jeniri Amir.Para pelajar Unimas turut diperkenalkan kepada akhbar Kosmo! terbitan Utusan Melayu (M) Berhad yang belum lagi berkembang ke Sarawak.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: